Friday, May 14, 2010

BUDAYA PELANGGAN VS PENIAGA MAKANAN DI MALAYSIA

Salam 1Malaysia,

Dah makan? Burp...Alhamdulillah. Saya baru saja lepas makan set no.4 'Fried Chicken' di Mc Donald. Saja nak berkongsi pendapat dengan semua. Ini berkenaan budaya kita sebagai seorang pelanggan dan budaya peniaga makanan di Malaysia.

Pernah tak anda semua alami situasi seperti berikut:
Anda bersama rakan-rakan makan di sebuah restoran or gerai makan. Setelah makanan sampai, anda rasa makanan tersebut ada yang tak kena samada termasin, terpedas, harga tak setimpal atau memang tak sedap langsung. Anda cuba nak suarakan ketidakpuasan hati anda kepada peniaga tersebut tapi dihalang oleh rakan-rakan. Rakan anda kata, "ala tak payah la, biar je la. Tak payah kecoh-kecoh. Bukan tak boleh nak dimakan langsung.." Maka anda pun terpaksa la jugak makan makanan tersebut sambil 'makan hati' atau anda ketepikan makan tersebut dan bayar sahaja.

Itu lah yang saya cuba ketengahkan disini. Kebayakan kita, rakyat Malaysia, tidak mahu atau tak suka nak complaint dan tak nak pertahankan hak kita sebagai pelanggan. Apa salahnya kalau kita complaint sedikit untuk hak kita. Adakah kita akan ditangkap polis kalau kita buat aduan begitu kepada peniaga? Tidak kan. Tapi kenapa ramai yang tidak mahu membuat aduan kepada peniaga terutamanya tentang makanan? Malu ke? Malas ke? Atau tak kisah?

Peniaga pulak, kalau ada pelanggan yang membuat aduan tentang makanan mereka, mula la nak tarik muka masam atau ada yang lebih melampau dengan buat statement macam ni: "nak makan, makan...tak nak sudah!" Dimanakah adap kesopanan budaya timur kita? Ada juga peniaga yang merungut-rungut bila ada aduan dari pelanggan. Sedari lah wahai peniaga makanan semua, pelanggan anda lah yang membayar 'gaji' anda. Tanpa mereka anda tidak akan kekal lama. Jaga lah pelanggan anda dan berterima kasih lah kepada mereka sekiranya mereka membuat apa-apa aduan kerana itu adalah satu alat untuk penambahbaikan. Ambil segala teguran dengan positif. Sediakanlah makanan dengan menggunakan 'hati' supaya dapat menyentuh 'hati' pelanggan.(Cook with your heart, so that you can touch other people's heart with your cooking).

Kesimpulannya, pelanggan dan peniaga saling perlu memerlukan. Oleh itu jaga lah 'perhubungan' ini supaya ianya bermanfaat. Tidak salah kalau pelanggan memberitahu kepada peniaga 'sedap masakan tuan hari ni, lain kali saya datang masak lah lagi sesedap macam ni ok". Dan, tak salah juga bagi peniaga berkata pada pelanggan, "terima kasih la bagitau makanan saya ni kurang sedap, nanti saya cuba lah improve".

Kepada pelanggan dan peniaga semua, renung-renungkan lah, kerana peniaga juga pelanggan dan pelanggan juga mungkin peniaga.

Jom, Makan-makan!

No comments:

Post a Comment