Tuesday, May 18, 2010

KARI IKAN 'MELUTUT'

Berjumpa lagi kita, bercerita tentang makanan la apa lagi..

Kawan saya sorang ni di Kuantan pun suka jugak makan-makan ni. Satu hari saya turun la ke Kuantan. "Eh, jom aku bawak ko makan kat satu tempat ni", pelawa dia. "Best sangat ke yang ko sampai cam tak menyabor-nyabor nak bawak aku ni?", balas saya. "Ko ikut je la, duduk dalam keta ti sampai la. Bukan aku nak suruh ko merangkak kesana", balas kawan saya ni dengan sakastik nya. Dia ni boleh tahan jugak sakastik nya, kadang-kadang macam orang tak sayang mulut pun ada hahahaha...

Dipendekkan cerita, kitorang pun pergi la ke restoran tu. "Ek eleeeh restoran cam gini dia bawak aku", bisik hati kecil aku. Mana tak nya, saya jangkakan dia nak bawak ke restoran yang kelas sikit ke. Nama restoran tu Tanjung Seafood, di Tanjung Lumpur, Kuantan. Saya pun ikut je la, banyak cakap nanti dia suruh saya balik jalan kaki pulak, lagi parah haha..

Kami pun duduk la dimeja batu bulat dan kerusi batu, ala-ala gerai kat tepi laut gitu. Saya duduk je, segala ordering, kawan saya yang buat. "Macam biasa boss, kari ikan merah, butter prawn, japanese tofu with gravy, sayur biasa da la boss. Nasi 2 ok", pinta si kawan saya ni pada waiter yang datang ambik order.

Setelah beberapa minit, apa yang diorder pun sampai satu per satu di mulai dengan kari ikan merah. Dihidang dalam periuk tanah liat besar. Saya dengan tak sabarnya nak tau apa la yang kawan saya ni sibuk sangat dengan kari ikan merah ni..saya pun ambik sudu, cedok kuah kari, hidu dulu pastu masuk mulut..rasa. Masuk je kari tu dalam mulut, kapilari-kapilari darah pada lidah mula menghantar mesej dengan pantas ke otak dan terus keluar dari mulut saya..."Pergh, power siut kari ni!". Kawan saya pun, "Haaa tu la ko, ko ingat kedai macam ni tak boleh nak produce makanan sedap ke?", tempelak kawan saya. "Ha ni la kari 'melutut' kalau ko nak tau..lepas ni ko akan rasa macam nak melutut ketagih kari ni, ha baru ko tau! Mana nak cari kat KL tu?" Aduh pedas betul kata-kata kawan saya tu haha..

Memang kari dia best giler, kuah dia sedang-sedang je pekat nya. Warna menarik, rasa kari pedas-pedas manis memang membuatkan selera makan tu naik. Isi ikan merah memang fresh, sebab tu ada rasa manis-manis ikan tu. Ada tahu kembang yang menjadikan kari tu lagi sedap. Pergh, boleh bawak mimpi tidur malam. (tengah taip blog ni pun saya dah terkecur lidah haha).

Butter prawn dia pun 'meletop'! Udang besar and portion tak kedekut punye. Memang puas hati. Udang digoreng dulu dengan sedikit tepung. Bila gigit, ada texture crunchy. Atas hidangan udang ni ditabur dengan serbuk telur kuning keemasan (kuning telur yang dipukul dengan sedikit gula dan digoreng dalam minyak panas, menghasilkan serdak-serdak kuning keemasan yang rangup). Memang sedap, tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Sendiri mau rasa la..

Pendek kata, pengalaman saya malam tu memang berbaloi. Worth the trip to Kuantan la omputeh kata. Memang lepas tu saya 'melutut-lutut' pada kawan saya suruh dia belanja lagi kari 'melutut' tu haha. Di restoran tu selain ikan merah, macam-macam jenis seafood lagi ada...scallops, lobster, mantis prawn macam-macam lagi la. Pendek kata tepuk 'poket' tanya selera la..

Ha..apa lagi. Jom makan-makan!

Friday, May 14, 2010

BUDAYA PELANGGAN VS PENIAGA MAKANAN DI MALAYSIA

Salam 1Malaysia,

Dah makan? Burp...Alhamdulillah. Saya baru saja lepas makan set no.4 'Fried Chicken' di Mc Donald. Saja nak berkongsi pendapat dengan semua. Ini berkenaan budaya kita sebagai seorang pelanggan dan budaya peniaga makanan di Malaysia.

Pernah tak anda semua alami situasi seperti berikut:
Anda bersama rakan-rakan makan di sebuah restoran or gerai makan. Setelah makanan sampai, anda rasa makanan tersebut ada yang tak kena samada termasin, terpedas, harga tak setimpal atau memang tak sedap langsung. Anda cuba nak suarakan ketidakpuasan hati anda kepada peniaga tersebut tapi dihalang oleh rakan-rakan. Rakan anda kata, "ala tak payah la, biar je la. Tak payah kecoh-kecoh. Bukan tak boleh nak dimakan langsung.." Maka anda pun terpaksa la jugak makan makanan tersebut sambil 'makan hati' atau anda ketepikan makan tersebut dan bayar sahaja.

Itu lah yang saya cuba ketengahkan disini. Kebayakan kita, rakyat Malaysia, tidak mahu atau tak suka nak complaint dan tak nak pertahankan hak kita sebagai pelanggan. Apa salahnya kalau kita complaint sedikit untuk hak kita. Adakah kita akan ditangkap polis kalau kita buat aduan begitu kepada peniaga? Tidak kan. Tapi kenapa ramai yang tidak mahu membuat aduan kepada peniaga terutamanya tentang makanan? Malu ke? Malas ke? Atau tak kisah?

Peniaga pulak, kalau ada pelanggan yang membuat aduan tentang makanan mereka, mula la nak tarik muka masam atau ada yang lebih melampau dengan buat statement macam ni: "nak makan, makan...tak nak sudah!" Dimanakah adap kesopanan budaya timur kita? Ada juga peniaga yang merungut-rungut bila ada aduan dari pelanggan. Sedari lah wahai peniaga makanan semua, pelanggan anda lah yang membayar 'gaji' anda. Tanpa mereka anda tidak akan kekal lama. Jaga lah pelanggan anda dan berterima kasih lah kepada mereka sekiranya mereka membuat apa-apa aduan kerana itu adalah satu alat untuk penambahbaikan. Ambil segala teguran dengan positif. Sediakanlah makanan dengan menggunakan 'hati' supaya dapat menyentuh 'hati' pelanggan.(Cook with your heart, so that you can touch other people's heart with your cooking).

Kesimpulannya, pelanggan dan peniaga saling perlu memerlukan. Oleh itu jaga lah 'perhubungan' ini supaya ianya bermanfaat. Tidak salah kalau pelanggan memberitahu kepada peniaga 'sedap masakan tuan hari ni, lain kali saya datang masak lah lagi sesedap macam ni ok". Dan, tak salah juga bagi peniaga berkata pada pelanggan, "terima kasih la bagitau makanan saya ni kurang sedap, nanti saya cuba lah improve".

Kepada pelanggan dan peniaga semua, renung-renungkan lah, kerana peniaga juga pelanggan dan pelanggan juga mungkin peniaga.

Jom, Makan-makan!

CHAR KOAY TEOW or KOAY TEOW GORENG?

Salam 1Malaysia.


Dua, tiga hari tak update blog ni sebab pergi 'outstation'. Tak sempat nak online. Hari ni dah balik ke KL semula dan ada masa malam ni untuk coretkan sesuatu. Minggu lepas saya ada makan di gerai Char Koay Teow di Batu Caves. Tapi sebelum saya buat review tentang char koay teow dia, saya ada soalan cepumas...Char Koay Teow atau Koay Teow Goreng? Nanti saya jawab soalan ni dipenghujung post saya hari ni.

Koay Teow Pucuk Paku…itulah nama gerai tempat saya makan char koay teow minggu lepas. Ni sebenarnya gerai pacak je. Malam je ada gerai ni. Lokasi gerai ni berhampiran stesen Petronas Batu Caves, di sebelah kiri traffic light simpang nak ke Batu Muda. Tepi jalan je, tak boleh miss punye. Lokasi memang strategik. Dari jauh dah nampak orang ramai makan kat situ. Jadi, malam tu saya pun macam ‘curious’ la pasal apa ramai sangat orang makan kat situ. Saya pun singgah, lebih kurang pukul 11.00 mlm. Bagi orang KL, pukul 11.00 ni kira ‘malam masih muda’ la dan perut pun asyik tanya je bila makanan nak masuk .

Malam tu hampir nak penuh jugak meja yang banyak digerai tu. Saya pun duduk la dimeja yang hampir hujung jugak la. Meja belum sempat dikemas lepas pelanggan lain makan sebelum tu. Saya pun tunggu la dengan penuh sabar untuk beberapa minit jugak la. Tak ada pun staf dia datang ambik order. Terlambai-lambai jugak la saya. At last, datang la waitress dia ambik order. Perbualan saya dengan dia seperti dibawah:

Waitress: Nak order apa?
Mr. Makan: Hmmm..char koay teow la…tu tulis koay teow pucuk paku tu apa dia?
Waitress: Char koay teow letak pucuk paku bang…
Mr. Makan: Mai la satu, nak try la jugak pe benda nya.
Waitress: Air bang?
Mr. Makan: Teh ais la.
Waitress: Ok.

Saya pun tunggu la, akhirnya apa yang di order pun sampai. Maka saya pun menjamah la so called char koay teow pucuk paku dia. Perkataan pertama keluar dari mulut saya…’tak sedap pun!’ Rasa masin je, tak rasa macam char koay teow. Saya pun terus godek-godek koay teow tu nak cari pucuk paku nya. Tak jumpa pun! Dalam hati saya dah menyumpah seranah dah (tak payah la saya masukkan dalam blog ni) . Kata koay teow pucuk paku tapi pucuk pakunya tak nampak pun. Dah la rasa out! Memang hampa la. Dah rasa-rasa tu nak minum la pulak…sedut je teh ais, choi tak rasa teh pun. Rasa susu Gold Coin bancuh dengan air je. Ntah-ntah teh tu dah berapa kali recycle tak tau la. Lagi sekali hati saya menyumpah-nyumpah. Agak-agak la kalau nak bajet pun, jangan la sampai teh tu tak ada rupa, rasa dan warna teh!

Nak pendekkan cerita, dah selesai makan, saya pun pergi la ke cashier dia nak bayar. Mungkin akak cashier ni taukeh kut. Sebelum saya hulur duit, sempat gak saya tanya dia. “Kak saya makan char koay teow tadi tak nampak pun pucuk paku nya?” Akak tu pun laung kat tukang masak dia, “Ada lagi ke pucuk paku?”. Tukang masak dia kata tak ada. Dengar je tukang masak dia kata pucuk paku dah tak ada, saya pun macam nak hangin dah, dan saya cakap kat akak tu, “Habis tu kenapa saya order tadi tak dibagi tau dah habis?” Akak tu dengan muka ‘dek’ nya buat-buat macam tak ada apa-apa yang berlaku, buat tak tau aje dengan soalan saya tadi. Cakap ‘sorry’ pun tak!

So, kesimpulannya, makanan tak sedap, servis tak bagus. Kalau ada orang ajak makan free pun saya tak nak la makan lagi kat gerai tu. Kalau 5 bintang saya bagi ½ je.

Berbalik pada soalan cepumas tadi, char koay teow ke koay teow goreng? Kalau dari segi bahasa, kedua-duanya adalah benda yang sama. Dalam bahasa Cina, ‘char’ tu adalah goreng. Jadi, char koay teow adalah koay teow goreng. Tapi telah menjadi budaya di Malaysia (tak tau siapa yang mulakan), char koay teow adalah koay teow goreng basah, ada kuah sikit manakala koay teow goreng, koay teow goreng kering, selalunya ada kerang. Itu la pengalaman saya minggu lepas. Nanti saya cerita pulak pengalaman saya makan ‘kari ikan melutut’ di Kuantan.

Jom Makan-makan!

Thursday, May 6, 2010

BLOG UNTUK SANG PENCINTA MAKANAN DAN SUKA MAKAN-MAKAN

Salam 1Malaysia kepada semua.

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Kalau difikir-fikir, sama la macam 'ayam & telur', mana yang keluar dulu? Apa pun, bila cakap pasal makan, rasanya semua orang suka makan. Eh, ada juga yang tak suka makan. Pilihan masing-masing la. Saya memang suka makan dan cepat teruja dengan makanan. Kadang-kadang bau bawang goreng pun dah buat saya terliur-liur untuk makan.

Tapi apa yang penting, saya publish blog ni sebenarnya nak berkongsi dengan sesiapa saja tentang makanan. Sedap ke tak sedap. Sebab tu nama blog ni 'sedapxsedap'. Bukan saja tentang makanan, tapi juga tentang service di outlet-outlet makanan, tak kira la gerai ke atau pun hotel 5 bintang.

Contoh, kalau sesiapa ada makan di mana-mana, dia nak share dengan semua orang, makanan tu sedap ke tak sedap ke, service baik ke hampeh ke, ha boleh la diceritakan dalam blog ni. Tujuannya supaya kita tak terkena makan di tempat yang tak sedap dan moga-moga tuan punya kedai makan tu sedar diri la sikit kan bila dia terbaca komen orang ramai dalam blog ni. Atau kadang-kadang kalau kita pergi outstation or traveling, nak la jugak tau specialty makanan satu-satu tempat tu. Tak la tercari-cari and boleh buat persedian awal dimana nak 'belasah' makanan yang sedap :)

Saya harap, blog ni dapat memberi manfaat kepada semua. Jadi komen la apa-apa sahaja tentang makanan dengan jujur, ikhlas dan positif. Kalau sedap cakap sedap, kalau tak sedap cakap tak sedap.

Jom makan-makan!